Janji.
Ya, aku pernah berjanji. Bukan jenis aku yang tak pegang pada janji, bukannya aku teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan lembu. Kan?
Ya, aku pernah dengar. Janji kamu pun sama, dan aku yakin kamu pun tak lupa janji kita yang kita ikat itu.
Tapi, janji itu kita cuma ikat pada manis bibir yang berbicara. Tanpa sain kontrak. Tanpa hitam putih.
Aku, kamu...
Aku lelaki yang penuh ego. Aku tak pernah menangis kerana jiwa. Aku cuma menangis kerana sakit. Itupun masa sebelum mumaiyiz.
Harap kamu tak lupa, ego itu pernah aku buang jauh dari hidup aku. Aku jadi lelaki lemah yang hidup tanpa ego. Entah, itu silap aku mungkin. Buang ego kerana seorang seperti kamu yang tak pandai menghargai.
Kisah kita bukan macam cerpen atau novel. Cerita kita sangat klise. Sangat biasa. Macam orang lain. Tak sampai pun tahap cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal.
Puisi-puisi aku tidak sehebat monumen cinta abadi Taj Mahal, jadi sebahagian perkara ajaib di dunia.
Tapi, kamu kena ingat aku bukan loser sangat yang perlu meratap merayu, untuk secubit kasih yang entah kamu reti ke tak nak menilainya. Aku tak perlu merempit atau hisap gam untuk lupakan kamu. Beer itu cerita lain. Bukan sebab kamu.
Aku harap kamu jujur, jika kamu jumpa cinta sehebat cerita yang aku karang tentang kita, tolong bagitahu aku. Aku mahu bersemuka dengan dia dan ucap tahniah, cinta dia amat hebat. Cuma aku yang tahu nilainya.
Terima kerana kau ajari aku untuk jadi lelaki yang inginkan seorang wanita disisinya.
Lagu latar : exist - alasanmu.
No comments:
Post a Comment