Saturday, October 2, 2010

Oktober

Kehidupan

Sudah sebulan saya kembali aktif menulis blog. Mulanya bulan Ogos itu, saya cuba mencari rentak penulisan yang terbaik, jika tidak terbaik untuk pembaca pun, cukuplah saya sendiri yang berpuas hati.

Pada permulaan Oktober ini, saya kurang bernasib baik sebenarnya. Komputer saya yang berisi ratusan karya saya, hasil editing gambar, tutorial photoshop, setup photoshop CS4 beserta license terbaik, berbagai installer software cetak rompak, dan yang paling bernilai saya kira adalah gambar dan video sambutan Aidilfitri tahun 2008 iaitu saat kegemilangan 'skuad bermotor Kg. Rantau Panjang'. Oh, nostalgia yang hilang.

Abaikan ribuan koleksi video .3gp, Saya turut ribuan gambar-gambar saya sebagai pelajar kolej dalam bidang i.t, sebagai mat rempit, kutu kampung, nerd dalam kolej, dan sepanjang perjalanan hidup saya lima tahun lepas. Tak mampu saya imbas satu persatu sebenarnya.

Kemudian, henset saya pula hilang semalam membawa bersama rentetan perjalanan kehidupan untuk tahun 2010 ini.

Saya simpan kata-kata Medan semalam, 'setiap kecelakaan yang berlaku, adalah pemutihan kehidupan. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.'

... Cerita ini takkan tamat.

No comments: