Sunday, October 24, 2010

Malam minggu steady

Malam ini adalah malam minggu. Bersamaan dengan malam ahad.

Bagi orang muda-muda atau orang politik panggil belia, malam minggu adalah malam untuk melepak sebab esok cuti dari bekerja. Orang yang tidak bekerja juga melepak pada malam minggu. Cuma kaum ibu-ibu yang kurang suka pada malam minggu kerana kemungkinan tidur berseorang adalah tinggi.

Bagi orang muda yang bekerja stailo, malam minggu adalah malam bekerja. Contohnya pekerjaan stailo ini seperti jaga bank, dj radio, ataupun jurutol.

Semua itu adalah kerja yang stailo dan banyak jasanya kepada negara. Kenapa begitu?  Kerana orang-orang ini amat berjasa kepada pekerja-pekerja gomen yang pukul 5 p.m sudah habis jadual bekerjanya. Jadi, orang-orang gomen ini amat memerlukan jurutol. Tidak begitu?

Konklusinya di sini, orang yang bekerja pada malam minggu adalah stailo dan banyak jasanya kepada negara. Bukan nak melepak mengkayakan mamak, ataupun menambah kes buang anak pada 9 bulan kehadapan.

Idok gitu ye....

2 comments:

ankeljonni said...

dulu2... malam minggu kita merempit....

Annisa said...

tau takpe. dok umah lagi best^^