Sunday, October 24, 2010

Reverse Psikologi untuk generasi baru kita

Lepak. Dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara kita ialah loiter. Dalam kita membicarakan perilaku lepak ini, sudah tentu dalam otak kita sudah set bahawa perlakuan "lepak" itu adalah term negetif.

Lepak positif.?
Ada ke term lepak positif ini?
Dalam kepala klise masyarakat kita, aktiviti lepak itu merupakan sesuatu yang negatif dan buruk sekali perlakuannya. Pandangan ini sudah disemat dalam kepala masyarakat kita sejak putus susu lagi.

Ok. Katakan lepak itu adalah negatif.
Pak haji yang kepalanya setiap masa berlilit serban minum teh di warung selepas pulang dari solat Asar dan membawa ke maghrib. Itu orang panggil apa?
Para penjawat awam yang berborak sambil mengudap kacang nganyin berbungkus-bungkus di restoran mamak selepas tamat berita jam 8 membawa ke berita nightline, itu orang panggil apa?
Pemuda-pemuda kampung yang berborak hal duit tabung persatuan belia di pinggir padang bola sementara menunggu azan maghrib memanggil pulang, itu orang panggil apa?
Makcik-makcik sakan mengumpat di pangkin bawah pokok mempelam sambil mengudap colek mempelam setelah penat melayan karenah anak-anak dan bapa anak-anak itu orang panggil apa? (er.. mengumpat itu salah)
Kalau kita katakan sahaja bahawa aktiviti diatas sebagai berehat dan mengrefresh minda setelah penat bekerja untuk menjana pendapatan poket sendiri yang sedikit dan poket tauke yang banyak tiada salahnya bukan? Nama melayu bagi refresh yang dialih bahasa menggunakan google translator adalah menyegarkan.
Makanya, tiadalah salah untuk mengatakan bahawa aktiviti di atas adalah positif bukan?

Jadi, apa yang cikgu sekolah rendah dah menengah selalu beri karangan jenis syarahan bertajuk 'gejala lepak semakin beleluasa di kalangan belia hari ini, bincangkan.' selama ini pointnya salahlah?

Tidak. Semua point yang kita bagi betul sebab itu markah karangan kita selalu A atau paling tidak pun C.

Melepak di tepi tangga kaki lima Maybank adalah negatif.
Melepak di pondok durian untuk berjudi adalah negatif.
Melepak di rumah bujang dengan bahan-bahan terlarang adalah negatif.
Melepak di tempat sunyi berdua-duaan samaada berlainan jantina bukan muhrim, atau bersamaan jantina (dah sah-sah tak muhrimnya) adalah negatif.


Tak muat kalau nak dilist semua jenis lepak yang negatif disini. Buat penat menaip sebab point-point negatif ini adalah klise. Semua orang tahu. Budak umur 4 tahun yang baru putus susu pun tahu rokok itu adalah perkara yang tidak baik.

Masyarakat kita sendiri mengajar generasinya untuk menjauh dan mengelak benda-benda negatif itu semua. Contohnya : "adik, jangan dekat luar waktu maghrib, nanti kene suruk dek hantu kopek!" Amaran itu sudah tidak boleh diguna pakai sekarang bukan? 

Nampak?, Nampak tak? Strategi itu sudah tidak lagi releven di era fesbuk ini, sama macam UMNO yang tak habis memekik 'Ketuanan Melayu' tapi hakikatnya ramai yang sudah sedar, "'KETUANAN MELAYU' adalah UMNO itu melayu, dan ahli majlis tertingginya adalah TUAN."

Apakata pada generasi fesbuk ini kita cuba melakukan reverse psikologi,
Contohnya macam penerangan lepak diatas.
Katakan sahaja lepak itu adalah baik dan bagus, kemudian terangkan point-pointnya.

Contoh lain yang lebih menarik aku kira, ajarlah generasi baru kita bahawa seks itu bagus, terangkan pada mereka seks selepas nikah adalah wajib. Bagilah dalil-dalil aqli dan naqlinya, kalau tak tahu lain baca majalah Millennia Muslim, Aniqah, Dewan Masyarakat, Utusan Melayu jangan asyik baca majalah lawak antarabangsa je. Barulah generasi kehadapan ini faham, seks selepas nikah itu adalah positif, manakala seks sebelum nikah itu negatif. Video-video lucah yang terakam di dalam henfon itu adalah haram umpama melihat khinzir bersetubuh dan blog-blog Internet Marketing yang pakai keyword lucah-sex-fuker-gampang-sial-cicaktoket besar itu ada hukumnya.

Tidaklah mereka-mereka yang umur baru putus susu tapi menaip macam dah kursus 7,8 tahun ini terkapai-kapai mencari, dan bertanya di lautan internet yang nakhoda google dan yahoo itu langsung serong ajarannya. Nak cari 'hukum seks sebelum nikah' tapi terbuka 'maria ozawa' apa cerita?

Panjang dah ni. Ok2.
Aku bagi konklusi sekarang. Hehe.

Konklusinya, semua perkara itu ada positif dan negatifnya.
Kita perlu, hendaklah, mestilah,  mendidik dengan keduanya.
Bukan hanya dengan mendidik,
'benda negatif itu adalah buruk dan perlu dijauhi' sahaja.
Perlulah ada,
'ini dan itu adalah positif bagi perkara ini' dan '!n! n !tew adalah negatif bagi perkara ini'

Terima Kasih kerana sudi membaca.


p/s : Fuh, ada bakat juga aku bikin teks ucapan lepas tengok sidang perwakilan UMNO ni.. Haha..

10 comments:

Anonymous said...

tak larat nk baca smpai abis

nur.sa said...

habis baca okek. =)

isu melepak itu. pada saya melepak mungkin tak salah. kalau pengisian waktu lepak tu betul.

yg menjadi barah, contoh2 yg di atas tu kebanyakannya menghabiskan masa, dengan beri alasan untuk berehat setelah penat bekerja?tapi pengisiannya? main dam,mengumpat dan byk lagi kan.

just my 2cents.

'Athifah Markzzaki said...

hooo.. dah tukar layout.. ;)

kalau lepak kat sini salah ke tak?

har har har.. okey.. gurau2.. ;DD

FarhanaFabulous said...

cikgu boleh bagi A++ ni dalam karangan :]

one2paii said...

perghh..layout baru..gua lehpak sini la..sampai lebam..isu lepak yerk..gua mmg suke lepak smbil perhati gelagat orang..sambil asap berkepul2 kua kat ihdung gua..hahaha

kata kila said...

arghhhhhhhhhhhh.. juling baca, tapi berjaya jugak abes kan baca

Tieah Madian said...

Panjang seyh entry ko ni..
Syabas sebab aku habis membaca..
Huhu..

ENCIK TIKUS said...

like this entry

Carnation said...

apepon aku tetap nak tegaskan bahawa lepak itu positif..ehhh

tuan rumah said...

anom - x payah bace la bai. Pegi gugel 'cerkas'.. Bace buku tu.

Nur.sa - time kaseh. :) lepak tu contoh plg dkat dgn masyarakat kte..

Kimmy ai - amacam layout ni? Ok? Hehe..

Farhana fabulous - time kaseh. :) x pernah dpt a pun. Hehe.

125 - lepak sini la bagus. Haha.

Kila - time kaseh. Hehe.

Tieah - syabas2.. :)

en. T - time kaseh..

6hb.9 - hehe..