Saya singgah kedai runcit yang selalu saya beli barang-barang rumah. Saya beli susu fn untuk bikin teh di rumah. Bukan tak mahu mengeteh di mamak, tapi macam pelik kalau mengeteh sorang-sorang. Mungkin, nanti akan timbul cakap-cakap belakang. Maklumlah, orang kita.
'minum dekat rumah je?' tegur makcik ramah.
Saya angguk sambil senyum.
'esok boleh pakai lagi susu ni,' kata saya.
Makcik angguk, 'a'ah ye lah tu. Dah duduk dengan orang rumah?' tanya makcik.
'eh, tak ada lah. Bujang lagi,' balas saya.
Sambil hulur plastik yang sudah diisi susu, makcik tu kata, 'ada orang rumah senang, balik terus minum.'
Saya angguk sambil senyum.
Ada orang rumah senang, balik rumah terus minum. Saya angguk lagi sorang-sorang dalam satria.
Dalam hati kata, hai, bilalah duit nak banyak ni.
3 comments:
(:
Pinjam along.
Azza - :) bahaya tu. tak lama kawin, jadi janda muda orang rumah tu. haha.
Sshhh~ tu cara yang paling
pantas! pinjam bank je lar
lagik afdal. Tak pon suh jer bakal
org umah tu sabarsabar jer dulu, k ;)
Post a Comment