Tahun 1994
Engku (panggilan untuk ayah saya) diarahkan bertugas di sebuah felda di Kelantan. Felda Chiku 1 dalam daerah Gua Musang, Kelantan.
Saya bukan nak cerita pasal Engku saya, tapi pasal Felda masa itu.
Felda Chiku 1 itu jam masa saya mula-mula pindah sana, 1994 saya baru 6 tahun. Saya tak akan lupa pasal jalan tanah merah yang berdebu masa cuaca panas dan lecah masa hujan.
1994 juga, Felda Chiku 1 masih lagi tenaga elektriknya dijanakan oleh generator besar yang diletakkan dalam sebuah rumah. Menggunakan generator itulah satu felda yang mempunyai lebih kurang 300 buah rumah mempunyai kemudahan elektrik
Itupun enjin baru dihidupkan dalam jam lebih kurang pukul 7 petang. Masa itu tayangan Doraemon di TV2. Masing-masing adik beradik duduk depan TV tunggu enjin hidup.
Masing-masing juga sudah panas. Menanti mahu menghidupkan kipas. Itu cerita elektrik dan enjin.
Itu jam saya sekolah tadika, tapi masa tadika belum tahu erti kepanasan. Lagipun masa itu pemanasan global belum lagi diperkata secara meluas. Lagipun duduk dalam felda banyak pokok. Jadi, panas bukan masalah besar.
Masuk darjah 1 saya mula belajar apakan erti sebenar kepanasan dalam kelas yang atapnya zink. Tapi budak-budak, panas itu apalah sangat. Tak jadi masalah besar pun kalau ketiak berpeluh.
Dunia saya menjadi anak Felda yang menumpang masa itu realitinya sentiasa di sungai, ladang kelapa sawit, kolam, paya, longkang, anak sungai dan stor baja.
Kami tiada cyber cafe, saya kenal internet masa umur sebelas tahun. Engku merupakan pelopor kepada memperkenalkan objek yang bernama komputer ini kepada orang Felda Chiku 1 ketika itu. Ketika itu, dengan projek satu rumah satu komputer, orang-orang felda boleh mengeluarkan wang KWSP untuk membeli komputer dengan menggunakan resit pembelian komputer dan Engku menggunakan peluang itu dengan sebaiknya.
Kami tiada broadband. Masa itu Nokia atau Sony Ericsson adalah perkara yang amat asing bagi kami anak-anak Felda. Kami cuma kenal dengan jenama Honda, Yamaha dan Suzuki. Selain itu cara-cara menangkap haruan dan keli, serta kolam atau longkang yang ada ikan laga sentiasa menjadi bualan hangat di dalam kelas.
Kami juga tiada majalah-majalah dan media yang memaparkan orang telanjang atau akhbar yang memaparkan tajuk lucah. Oh, masa itu cuma ada majalah mukasurat depan hadis nabi mukasurat belakang gambar orang separuh bogel kalau tidak silap.
Majalah Ujang masih piaw lawaknya dan komik Kawan masih lagi bersaiz kompak.
Poster SEMANGAT46 bergayutan sepanjang tahun di Felda Chiku 1, Gua Musang, Kelantan.
Dan, kini saya tidak pelik kenapa perangai buang anak berleluasa, dan perkara bunuh orang sudah jadi biasa.
Ini memang nostalgia.
:) Cintailah kisah silam kamu.
3 comments:
Peh, ada jugak geng yang layan majalah Kawan masa kecik-kecik dulu.
Itu jam lu ada tak hantar gambar dengan alamat kat ruangan 'Geng Kawan'?
Hehe =p
Sylarius - ha, dah jumpa geng. Keh keh keh. Tak hantar. Lagipun bace je, tak minat nak hantar2 surat ni.
ok la tu dah kenal tenet umo 11 tahun..aku form 4 baru knl tenet..
p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**
Post a Comment