Saya jalan-jalan di bazar ramadhan tadi. Hari-hari sebelum ini pun jalan-jalan juga.
Tengok makanan.
Hari-hari tengok makanan. Nasi ayam madu. Nasi ayam rempah. Nasi kukus ayam rempah. Nasi lauk ayam. Last-last jadi nasi untuk ayam.
Kuih muih.
Popia goreng panas-panas memang syok. Tapi kalau terbeli yang kulit jenis keras, memang rasa macam celaka. Roti jala sama sahaja. Tapi kadang-kadang kuahnya macam air paip tawar.
Berbalik kepada cerita asal. Antara nasi ayam dan duit lima ringgit.
Saya ada duit lima ringgit. Saya pusing-pusing. Nak sambar nasi campur dekat bazar ramadhan ni memang rasa macam nak terbalikkan meja lauk-pauk mak cik yang jual tu. Mujur anak dara dia cantik.
Nasi ayam memang banyak. Stok tulis dekat papan semua stendet-stendet RM4.00 - RM5.00. Saya cari yang jenis RM3.95. Tak de.
Saya sambar satu bungkus nasi ayam madu, RM3.50. Paling ekonomi saya kira. Saya hulur duit plastik kaler hijau yang mudah luntur warna dan mudah koyak. Makwe tukang bungkus hulur saya nasi yang sudah siap dibungkus. Kemudian hulur baki RM1.50.
Balik rumah, saya fikir, agak-agak nasi ayam ni elok sampai pukul berapa. Makan sahur karang pun cantik juga.
No comments:
Post a Comment