Friday, July 10, 2009

PPSMI - Hishammuddin rasa lega

HIDUP UMNO!! HIDUP MELAYU

Mansuh je la, baru diorang tak boleh buat isu PRK Manik Urai.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) merasa amat lega kerana keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akhirnya telah dibuat.

Beliau yang kini memegang portfolio Menteri Dalam Negeri berkata, melalui pemansuhan PPSMI itu, maka sudah tiba masanya untuk semua pihak melihat ke hadapan dalam aspek pembangunan pendidikan negara.

Kata beliau, sudah tidak ada guna lagi jika sebarang isu berkaitan PPSMI hendak dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana keputusan kerajaan itu dibuat berdasarkan fakta yang tidak boleh ditolak.

Jelas Hishammuddin, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dan bersifat prihatin sebelum memutuskan untuk memansuhkan PPSMI.

"Perbincangan meja-meja bulat dengan seramai mungkin pihak berkepentingan, akhirnya bukan mengambil langkah ke belakang tetapi dasar baru dengan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2012.

petikan dari akhbar utusan online

Cepat sikit mansuh....

Hahahahahahahahahaha... Kau asik gelak aja...

3 comments:

lel said...

da hbs kn duit kerajaan byk2 nk tukar blk pulak
haishh
pd sy,
ppsmi tu bagus!

joegrimjow said...

tutup aje laa

Mak Su said...

salam ziarah