
Untuk jaga kepentingan kita, kadang-kadang terpaksa lukakan hati orang yang perlu kita jaga. Tapi, untuk jaga hati orang kadang-kadang lukakan hati kita. Sudah namanya pun pilihan. Terpulang pada kita mahu pilih yang mana satu.
Kita bukan hidup sendiri dekat mukabumi. Kita perlukan orang lain, kawan-kawan atau keluarga contohnya untuk menjadi penyokong kehidupan kita. Bila orang lain terasa hati dengan kita mungkin kita akan ditinggalkan berseorangan.
Sekarang, aku terbabit dengan pilihan ini. Semoga aku mampu buat yang terbaik untuk diri aku, serta orang di sekeliling aku. Aku sayang mereka. Orang-orang yang jadi tulang belakang untuk aku terus hidup, sekurang-kurangnya 2 minit terkehadapan.
Semoga.
**
monolog
"kau kena pilih yang terbaik untuk kau, juga untuk orang lain,"
"susah,"
"kau nak tersu hidup macam ni?"
"tak nak,"
"terpulang, kau fikir yang terbaik,"
"otak aku dah rosak untuk berfikir,"
"itu silap kau,"
"aku tahu tu silap aku,"
"aaaa.. lu pikir la sendiri.. Assalamualaikumm.. "
**
hampeh.
5 comments:
solat istikharah.
tapi diri sendiri pun tak penah buat.
memilih dengan akal dan doa restu.
nafsu tolak tepi.
ps : terbagi khutbah pulak :)
kadang2 dalam akal ada nafsu.. :D tu yang susah.. :D
kalau nak buang nafsu takkan nak buang akal sekali.
Gua nak jemput lu dtg ziarah blog gua makan kenduri
ikut baca doa skali pun takpa..
sabar jela. semoga tepat pilihan yg dibuat :)
Post a Comment