Monday, November 29, 2010

Tokan - Prologue 2

Sudah aku sedari sejak mula aku memilih jalan haram ini. Jalan yang tiada jalan keluar. Aku keluar dari norma kehidupan seorang manusia biasa. Kerana aku mahu kemewahan dengan jalan mudah. Ya. Jalan ini memang mudah untuk mengejar kemewahan. Kemewahan yang tak akan ada kepuasan. 

Baru sahaja aku berkira-kira mahu meninggalkan kerja kotor ini. Tapi Lan Laga sentiasa menghalang aku. Hari ini aku bertemu dengan ruas. Antara manusia yang mampu membunuh aku. Mampu menghantar aku ke penjara. Dengan hukuman penjara sampai mati, atau yang lebih elok sedikit, penjara seumur hidup, lebih baik aku mati di sini dengan tubuh tertanam biji-biji timah peluru pistol. Baru kena dengan status aku sebagai gangster. Tycoon dadah berjaya. Ya, aku bangga dengan jolokan itu. 

“Woi,” 

Aku bangun dan menjerit. Semua polis yang berkawal mengalih perhatian kearah aku. Semua mengacu pistol kearah aku. Aku pula mengacu pistol ke arah polis yang menggeledah Boyot. Suasana kelam kabut seketika. Aku pandang Lan Laga yang sedang meniarap. Aku pandang Boyot juga sedang meniarap. Apek yang agak jauh dari aku juga kelihatan meniarap.

“Tunduk, letakkan senjata,” 

Namun aku masih menggenggam erat .32 silver di tangan. Kalaupun aku mati hari ini, pasti seorang dari anjing-anjing ini akan menemani aku di alam barzakh. 



bersambung...

Friday, November 26, 2010

Tokan - Prologue

Bunyi bising dari speaker kelab tiba-tiba tidak berbunyi. Suasana hingar-bingar beberapa saat tadi sekarang tiba-tiba sunyi. Hening. Nafas aku mula sesak. Dalam fikiran aku cuma satu perkara yang amat-amat aku takuti. Polis ambush.

“Jangan bergerak, letak senjata dan meniarap di lantai!!!”

Bunyi kuat yang keluar dari pembesar suara makin menyesakkan nafas aku. Aku angkat tangan dan duduk tunduk kelantai. Namun tangan aku bersedia untuk mencapai pistol dipinggang. Aku pandang wajah Lan Laga. Biru pucat. Jika ditembak sekali pun kepala Lan Laga ketika itu, mungkin tiada darah yang keluar.

Nafas aku makin sesak. Bahu aku ditolak.

“Meniarap,”

Aku patuh dengan arahan sang polis bajingan. Mahu sahaja aku tembak kepalanya. Kalau ada peluang akan aku tembak kepala bajet hensem itu. Dari wajahnya, aku berkira-kira kalaupun dia sudah berkahwin, mungkin baru beranak satu. Janda anak satu masih lagi hebat. Aku tersenyum sendiri.

Aku pandang Boyot. Juga sudah meniarap di lantai. Polis sedang menyelongkar jaket Boyot. Beberapa saat lagi pistol .22 buatan jerman itu akan tersembul. Aku perlu membuat keputusan nekad. Keputusan yang akan mengubah kehidupan aku. Tiada lagi kemewahan. Tiada lagi kehidupan normal.


bersambung...

Blog survey. Feedback plis.

Salam readers.

Aku nak kemas-kemas blog sikit malam ni, nak tanya visitor, blog Raja Fiqri Fauwaz ni berat tak nak loading?

Sebab ada visitor kata nak loading komen box pun berat.

Kalau ada visitor yang rasa blog ni berat sangat nak loading, tolong bagitau kat komen ye.

Terima kasih.

Thursday, November 25, 2010

Terima kasih yang sudi baca entry

ayuMAFIAUMP : asal sume cite cam tergangtungg jek...huhu - Petikan dari shoutbox

Sengaja dilakukan macam tu. tulis panjang-panjang pun, bukan semua readers nak baca sampai abis.

Apa-apa pun, terima kasih la ye, ada juga yang sudi baca karya aku yang asyik tergantung-gantung ni.

Terima kasih banyak-banyak.

Tuesday, November 23, 2010

Buat kelakar di kedai makan

Jangan main-main dengan robokob biru. Lepak table minum susu ais. Hahaha. Perangai entah apa-apa la budak-budak nih.

Monday, November 22, 2010

Aku, kau dan mainan masak-masak

Aku rasa kita pernah bertemu, tapi berapa nak ingat bila. Memang, muka kau familiar gila.

Ah, tapi itu dulu. Waktu itu aku ketemu kau bukan untuk bercinta rasanya. Kan?

Hari ini kita bercinta. Berkasih sayang.

Hari-hari indah berlalu. Biasalah, klise orang bercinta.
Gaduh. Baik balik. Kemudian gaduh balik. Elok balik. Dating. Shoping. Bagi hadiah. Biasa. Macam orang normal bercinta.

Sampai saat bahagia kita. Ya, jodoh kita cukup panjang. Hingga ke jinjang pelamin.

***

"Ayang, ni gambar sape?" aku tanya pada si isteri tentang gambar dua orang kanak-kanak. Gambar seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan. Seorang lelaki sedang menghulurkan kanak-kanak perempuan itu mainan masak-masak.

"Entah, arwah mama kata tu gambar yang kakak tangkap, masa tu dekat The Store, siapa entah budak laki tu,"

"Budak perempuan tu?"

"Tu Ayang la."

Aku angguk perlahan.

***

Dia ingat, cuma gambar yang mengingatkan dia. Gambar ini mengimbau kembali memori aku. Masih aku ingat. Series. Tapi, aku takkan cerita pada dia.

Malam itu, otak aku flashback sambil makan malam.

Hujan, lantai dan pengemop

Hujan.

Lantai.

Mop.

Konklusinya? Dah hujan, lantai mesti kotor, dan tukang mop mesti ada kerja nak buat. Cis!

Sunday, November 21, 2010

Skrip pendek - Mengorat petang ahad

Latar tempat
7-Eleven

Seorang makwe cun masuk. Seorang pengorat sudah bersedia di sebelah, sedang membeli air nescafe mocha tin.

Makwe : bang topup celcom 10, maxis 10, maxis 5, digi 10.
Badrul : mak aih, banyok betoi beli topupnye.

Makwe jeling Badrul tajam, stail jeling-jeling manja. Badrul sengih muka seposen.

Makwe : Henpon banyak.
Badrul : ooo.. henpon banyak, ingat simkad banyak.
Makwe : Henpon la.
Badrul : boleh la bagi saya satu nombor.

Badrul sengih lagi. Kali ini, sengihnya bercampur dengan aura mengorat.

Makwe : tak dapat, cari taktik lain la ye.

Makwe berlalu dengan senyum meleret sambil menjeling manja. Badrul telan air liur dan berlalu keluar dari 7-Eleven. Air Badrul yang sudah dibayar tertinggal bersama duit baki.

Best juga kalau betul-betul

Huarh...

Aku menggeliat sedikit membetulkan urat yang rasa sakit-sakit. Berderap juga tulang belakang. 30-an bukan umur yang bagus untuk tulang-temulang berbunyi. Aku rasa, dah patut untuk aku amalkan cara hidup yang sihat. Petang-petang pergi joging contohnya.

Tengah sedap badan baru habis menggeliat, deria bau aku menangkap bauan sesuatu. Bauan yang menarik untuk seorang lelaki yang baru bangun tidur pada waktu tengahari hari ahad.

"Abang..."baru nak melayan bauan yang telah membuat perut aku berlagu, deria pendengaran aku pula menangkap bunyian.

Suara nyaring ini yang akan aku dengar untuk hari-hari mendatang, makin lama, makin tua. Aku tersenyum sendiri.

Seketika kemudian empunya suara sudah berdiri di muka pintu. Aku cuma menghadiahinya sedikit senyuman bercampur espresi baru bangun tidur.

***

Lagu berentak R&B entah siapa-siapa menyanyi berlagu di telefon bimbit aku. Aku buka mata perlahan, tengok jam di telefon bimbit. Cilakak, dah pukul 2.30 PM. Baru nak mimpi berbini. Cis!!!

Saturday, November 20, 2010

mabuk daging

memandangkan beberapa hari ni dok layan lauk daging macam-macam jenis daging, otak tak berapa nak berfungsi dengan baik lagi.

Nak apdet blog pun tak berapa nak ada mende nak tulis lagi.

Esok ahad. Esok boleh la kemas-kemas blog mana yang patut.

Rumah pun dah rupa kapal nak karam aku tengok. Ah, semua esok la punya cerita.

Friday, November 19, 2010

Wednesday, November 17, 2010

aku tak pernah lupa janji kita,

Janji.

Ya, aku pernah berjanji. Bukan jenis aku yang tak pegang pada janji, bukannya aku teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan lembu. Kan?

Ya, aku pernah dengar. Janji kamu pun sama, dan aku yakin kamu pun tak lupa janji kita yang kita ikat itu.

Tapi, janji itu kita cuma ikat pada manis bibir yang berbicara. Tanpa sain kontrak. Tanpa hitam putih.

Aku, kamu...

Aku lelaki yang penuh ego. Aku tak pernah menangis kerana jiwa. Aku cuma menangis kerana sakit. Itupun masa sebelum mumaiyiz.

Harap kamu tak lupa, ego itu pernah aku buang jauh dari hidup aku. Aku jadi lelaki lemah yang hidup tanpa ego. Entah, itu silap aku mungkin. Buang ego kerana seorang seperti kamu yang tak pandai menghargai.

Kisah kita bukan macam cerpen atau novel. Cerita kita sangat klise. Sangat biasa. Macam orang lain. Tak sampai pun tahap cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal.

Puisi-puisi aku tidak sehebat monumen cinta abadi Taj Mahal, jadi sebahagian perkara ajaib di dunia.

Tapi, kamu kena ingat aku bukan loser sangat yang perlu meratap merayu, untuk secubit kasih yang entah kamu reti ke tak nak menilainya. Aku tak perlu merempit atau hisap gam untuk lupakan kamu. Beer itu cerita lain. Bukan sebab kamu.

Aku harap kamu jujur, jika kamu jumpa cinta sehebat cerita yang aku karang tentang kita, tolong bagitahu aku. Aku mahu bersemuka dengan dia dan ucap tahniah, cinta dia amat hebat. Cuma aku yang tahu nilainya.

Terima kerana kau ajari aku untuk jadi lelaki yang inginkan seorang wanita disisinya.



Lagu latar : exist - alasanmu.

Tuesday, November 16, 2010

seorang makwe di kaki lima 7E

Sekadar Gambar Hiasan
Aku perati dia. Tajam.

Mulanya dia tak perasan. Aku bukan macam Dafi untuk dia perasan yang aku tengah perati dia. Dia Gita Gutawa, siapalah kalau nak dibandingkan dengan aku ni.

Rambut kaler pepel. Kuku kaler hitam. Jeans sizen ketat, ada koyak-koyak nipis dekat peha. Cun, sampai aku rasa rendah diri. Kalau letak Ahmad Nabil pun nescaya dia akan rasa rendah diri. Apatah lagi aku, pemuda marhaen yang mengaku dirinya cool dan nais.

Aku cuma pandang dia untuk jadi bahan mimpi di siang hari.Cukuplah tu. Aku memang tidur siang sebab kerja malam. Ni semua konspirasi barat aku rasa.

Satu hari entah macamana masa aku pandang dia, tiba-tiba dia pandang aku balik. Sejenak aku dan dia bertentang mata. Jantung berdebor kencang. Ah, aku tak suka perasaan macam ni.

Beberapa hari lepas tu, aku tak jumpa lagi makwe di kaki lima 7E itu. Samaada aku jadi mimpi buruk dia, atau aku jadi mimpi indah dia, tu dia punya hal.

Apa yang pastinya, gadis di kaki lima 7E tu cuma jadi mimpi aku, sampai hari ini.

Monday, November 15, 2010

terima kasih follow aku

Entri ini khas untuk sebagai penghargaan kepada semua pengikut, pembaca, dan pengkomen blog saya yang sudah mencapai 100 orang pengikut semalam. Ribuan terima kasih untuk kamu, kamu, dan kamu. Terima kasih kerana mengikuti blog yang tak seberapa ini. Entri pun kabut lagi. *tunduk-tunduk*

Buat follower yang ke 100 iaitu Fafa dan blognya

~~ tekan-tekan~~~

tahniah dan terima kasih saya ucapkan.

juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengkomen-pengkomen tetap,

one2pai
D_Tieah
ekin
six.september =_=
Kimmy Ai
Encik Gorilla 

dan pembaca-pembaca serta pengkomen baru di blog saya yang baru setahun jagung ini. (sory tak dapat nak list semua. Hihi)  Tanpa anda semua, siapalah saya untuk menulis dan menerima respon dari anda.  

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. 
Majulah blogger untuk negara.

Sayang kamu semua.

Sunday, November 14, 2010

Teknik memikat hati wanita

Ini adalah teknik jujur dari aku yang bukan "cek-ya". Segala teknik ini adalah asli. Tak ada copyright la tapinya.

Ala, sebagai seorang lelaki sebenar, tak perlulah nak mengorat pun kena rujuk gugel kan? Nampak sangat tak reti nak bersosial dalam kehidupan yang real orang kabo. Orang kabo!

Setakat makwe ribu-ribu dalam facebook tapi nak senyum dekat perempuan depan mata pun nak kena ajar apa cerita? Lainlah kalau nafsu songsang. Itu kita cerita lain kali. Ok, berbalik kepada topik asal.

Beberapa teknik memikat hati wanita versi Raja Fiqri Fauwaz

1. Perempuan itu hatinya sangat halus. Kalau nak buat perbandingan, lagi halus dari seulas tepung. Lagi nipis dari kulit bawang. Jadi, konklusinya? Mudah. Jaga hati kaum ini baik-baik. Simpan dalam peti besi, kunci kemas-kemas. Setan, macam pernah dengar ayat ni.

2. Kaum ini kebanyakan amat menghargai. Hargai apa? Apa-apa je la, macam hadiah ke, atau benda-benda infiniti contohnya kasih-sayang ke, Jadi? Apa nak buat? Bagi je la. Bagi saja apa-apa, kalau tak ada duit nak bagi kebendaan, bagi sesuatu yang tak keluar modal. Contohnya, ucapan : terima kasih, sayang awak, i love u, awak comel hari ni, atau paling cikai pun senyumlah kalau dia buat lawak.

3. Buat dia tersenyum. Susah ke? Ala, takkan hal-hal simple macam ni pun tak tau bro. Harapkan fesbuk je tempat makwe komen ramai tapi nak buat makwe depan mata sorang tu senyum pun payah, tak payah jadi lelaki la.

4. Tunjukkan yang kamu sangat ambil perhatian kepada dia. fak! ayat macam Remaja. Macamana? Susah ke nak tanya, "awak dah makan?" "Awak buat apa tu?" "Mak ayah macamana?" "Asimen semalam macamana?". Nampak macam poyo kan? Yess. Tapi itulah kenyataannya. Kaum ini sangat perlu dan menghargai perhatian yang diberi.

5. Jangan buat benda yang dia tak suka depan dia. Contoh paling senang, hisap rokok. Ramai perempuan tak suka tebiat yang satu ni. Susah ke? Susah sangat ke tak hisap rokok depan dia 3,4 jam je time dating? Susah? Nampak macam poyo tak hisap rokok lepas makan? Masa yang berbaki, masa tak ada depan dia tu hisap la sampai lebam!

6. Ego. Lelaki tak perlu penjelasan panjang lebar kenapa dia perlu ego. Tak perlu nak petik macam-macam quote pun orang tahu, kaum lelaki perlu ego. Tapi, bro, takkan nak minta maaf kalau salah sendiri tu pun payah, konon-konon nak jaga ego. Tak jatuhnya martabat kamu kalau minta maaf. "Sorry sayang," seikhlas hati itu cukup berharga bagi seorang wanita dari orang yang dia sayang. Serius.

7. Jangan poyo. Jadi diri sendiri. Jadi kamu yang original. Perempuan cukup meluat kalau lelaki yang dia kenal isi hati tiba-tiba jadi lain macam. Elok-elok tiap-tiap petang minum teh mamak tiba-tiba nak order apple juice dekat gerai apa cerita. Kaver macho depan member satu hal. Masa dating bersayang-sayang, berdaling-daling, masa dengan kawan kaver panggil hoi, weh, awak, panggil nama je. Ala, takdenye membe heran kalau panggil "sayang" pun depan diorang.

8. Panjang sangat dah ni. Nanti korang bosan pulak baca. Haha. Lain kali la tambah lagi. :)

Drifter malam minggu

Stail juga brader baju putih!

Bawak kereta stail apa ni?
14 Nov 2010, Temerloh - Seorang pemamdu kereta sukan telah berjaya melalukan aksi ala-ala Tengku D'Jan (gugel kalau tak tahu) yang akhirnya telah menerima padah ataupun karma kerana menyeksa kereta sendiri. kah kah kah.

Orang dah buat kereta tu elok-elok, suruh jalan elok-elok kau pergi sengaja gelincirkan buat apa. Nak main gelincir-gelincir pergi la dekat trek. Main betul-betul. Hais...

Drifter kecundang malam minggu.
Member aku suruh beli nombor
Amacam? Ada bran selebrate malam minggu ini macam? kah kah kah.

update! :  pemandu cuma mengalami cedera ringan di dahi.

Saturday, November 13, 2010

Bukan Semua Lelaki...

Bukan semua lelaki mampu mengaku dirinya cool, nice dan simple. Serius.

Kan?

Kalau tak orang kata perasan, dia itu memang seorang lelaki yang dikategorikan begitu.

Apa kata kamu pula?

Macamana kamu kategorikan seorang lelaki itu cool? Nice? Simple? Semua perempuan suka lelaki yang begitukan?

Adakah kategori cool itu adalah berpakaian macam orang yang pakai baju abang yang bersaiz XL walaupun saiznya yang sebenar adalah M?

Adakah kategori nice itu adalah seorang lelaki yang sanggup menyandang tas tangan makwe berjenama di bahunya?

Adakah kategori simple itu adalah seorang lelaki yang keluar berdating dengan hanya memakai selipar ala-ala selipar wakaf masjid? :)

Thursday, November 11, 2010

Perkara yang lelaki anggap biasa tapi perempuan anggap penting

Benda-benda macam ni selalunya lelaki-lelaki yang kool tak berapa nak ambil peduli sangat.

"Lantak la, apadahal aku nak risau pasal lapar, dah lapar makan la." kan?

Tapi perempuan sangat risau. Er... Tu pun kalau lelaki tu special kepada perempuan tu la.


1. Bila lelaki SMS "lapo", lelaki akan rasa benda tu biasa. Tapi perempuan akan sangat menggelabah bila orang yang dia sayang mengadu lapar.

2. Bila lelaki kata "pening la", lelaki akan anggap benda tu biasa, makan panadol actifast elok la. Tapi perempuan sangat risau bila orang yang dia sayang sakit, pening.

3. Bila lelaki kata "I love u" lepas dia dapat apa-apa dari perempuan, (hadiah contohnya) lelaki itu takkan rasa apa-apa, "i love u" sekadar "terima kasih". Tapi perempuan sangat-sangat menghargai "i love u" itu. kan?


4. Kiss. Jangan suka-suka bagi wei. Bahaya sangat. First kiss bagi perempuan selalunya untuk orang yang sangat-sangat dia sayang. Ok, bagi lelaki yang kaki "cek ya" itu adalah perkara biasa. Untuk lelaki kool macam aku, hargailah first kiss anda. dem! haha.


hmmm...

ini pula dari lelaki untuk perempuan yang dia baru kenal atau tak kenal langsung.

1. Senyum. Wahai lelaki yang kool ke, hot ke sekalian, jangan suka-suka senyum dekat perempuan. Nanti macam-macam andaian dia buat.

2. Ucap "sayang", yang ni lagi satu perkataan bahaya. Walaupun kamu lelaki yang kool, jangan suka-kaki kata sayang kalau kamu sekadar nak suka-suka. Perempuan sangat ambil berat pasal ni.

3. Hadiah. Bagi lelaki yang kool dan bukan buaya, hadiah adalah sesuatu yang biasa. Biasa la kan bagi hadiah. Perempuan sangat ambil berat pasal benda-benda kecil macam ni. Hadiah gelas adalah maksudnya, atau hadiah teddy bear, atau hadiah pakaian. Tak percaya? Tu la kamu, siapa suruh baca Mastika je, baca la Remaja sekali kadang-kadang tu, kalau malas beli pinjam dekat adik perempuan kamu.

4. Apa lagi ek? ala.. tak de idea la.. pandai-pandai la tambah. boleh gitu?  

liku-liku sepanjang jalan kecil

liku-liku itu kalau bahasa kampungnya selekoh-selekoh kecil.

Jalan kampung memang kecil. Sepanjang jalan itu, kiri kanannya ada macam-macam. Semak samun. Pokok getah. Sawit. Kandang lembu. Paya. Rotan manau dan kalau bertuah boleh bertemu ayam hutan yang tersesat mencari makan di pinggir kampung.

Liku-liku itu saya maksudkannya dengan perkataan klise sastera. Ya, saya maksudkan. Kita faham liku-liku itu adalah cerita, kronologi dan persoalan. Tiada makna mendalam.

Liku-liku sepanjang jalan kecil, sinopsisnya dapat saya bayangkan sebuah cerita ringan anak-anak kampung Rantau Panjang yang punya berbagai cerita contohnya jual besi buruk, curi ayam, memancing di waktu petang, pengangguran, serta merempit waktu solat jumaat.

Nantikan apdetnya di fauwaz-blog dan jangan lupa follow saya di sana. :)

Wednesday, November 10, 2010

oh bulan

Indah.

Selalu juga aku renung bulan terang malam. Bukan selalu bulan mengambang.

Tapi aku takut. Kebiasaannya, bila siang lepas aku lihat bulan mengambang aku terjaga di katil hospital bersama ibu disisi.

Aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi, memang aku suka merenung bulan bila waktu ia mengambang.

Macam satu kenikmatan masa merenung bulan, dan kemudian aku tidak sedar apa-apa.



Bersambung...

berborak dengan artis

ini live blogging dari meja kuning mamak. Melepak dengan orang seni ni memang cerita pasal seni je.

Pasal market seni. Pasal buat duit dengan seni. Pasal femes. Pasal ada nama.

Best kan?

Tapinya, otak orang seni ni kita tak boleh baca. Bukan macam orang-orang biasa. Kutu kaki ganja boleh jadi seni. Jaga sekolah boleh jadi seni. Kutu lepak tembok boleh jadi seni.

Amacam, kalau dah boleh buat duit dengan senai, otak kena seni la. Baru cantek. Baru boleh buat duit.

Ok?

Tuesday, November 9, 2010

tunggu

Selaut umur menanti,
Ucap kasih tak kunjung tiba,
Sebesar iman menapak sabar,
Moga ketemu di lain dunia...

Monday, November 8, 2010

dah setel

sume karut. Macam celaka. Mulai hari ini aku ishtiharkan aku orang seni. Haha.

Baik join kongsi gelap.

Dah la. Perkhidmatan awam ni stok layan loan je sebenarnya. Bukan apa-apa pun. Kan?

pagi yang gelabah

pagi ni tak menarik mana. Neskepi pun aku tak dapat rasa walaupun bau lagi. Sampoerna baru setengah batang hisap.

Pagi ni memang kelam kabut. Aku sekarang dekat pejabat SPA, tengah tunggu giliran faker apejadah LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM.

Jadi, sebagai pengguna tegar yang menjadikan gugel sebagai asas pengetahuan aku gugel perkataan tu. Tak perlu la aku paste kat sini pulak.

Yang penting, faker! Apahal aku menggelabah lebih.

Tapi sempat lagi apdet blog sama fesbuk. Haha!

Sunday, November 7, 2010

Pagi hari minggu

hari minggu macam ni memang lemau. Macam biskut ping pong cicah air teh o.

Nak berdating pun tak berapa nak ada mood. Kalau orang ada bini tu seronok la, sejuk je cuaca kan? Boleh panas-panas badan, yang bujan ni apa dapat? Sejuk, minum teh o, makan cekodok.. Haha.

Takde mende pun nak cerita sebenarnya. Saja nak menyembang. Bosan.

Saturday, November 6, 2010

kita berdrama swasta

klise kan?

Tapi trend sekarang memang 'simple but nice'

hehe.. :)

***

'abelong,' tempik Pali dari kaki lima kedai. Abelong tengah bawa moto ex5 sape entah buat muka blur datang dekat Pali dengan aku.

Selesai bersalaman Abelong mula buka cerita,'aokme buat mende sini?'

'Takde mende, jalan-jalan cari karo,' kata Pali diiringi gelak kami bertiga.

Borak punya borak pung-pang-pung-pang, sorang makwe muka tipikal budak sekolah comel itam manis lalu depan kami sambil senyum-senyum. Abelong pandang dia. Aku pun pandang. Pali pun sama.

'aok kenal ke die?' tanya Pali kepada Abelong.
'kenal la, budak kecik lagi tu,' jawab Abelong.

'aok ade nombo telepon die?' Pali tanya lagi Abelong.

Prrr... Lagi sekali makwe tu lalu sambil pandang kami.

'takde, aok mintok la,' kata abelong, gayanya mencabar kewibawaan bojan kampung. Haha.

'kalo dia lalu sekali lagi kompem dapat,' Pali mula buat kira-kira. Maklumlah, bojan kampung. Aku diam je. Pemalu.

Prrr.. Tepat kira-kira Pali, makwe tadi lalu lagi. Abelong kabir makwe itam manis badan sedap tu, terus dia datang.

'ngape?' makwe tu tanya Abelong sebab dia dikabir.

'budak ni,' Abelong bin ke Pali. Pali senyum.
'mintok nombo telepon,' kata Pali gentle. Bojan kena gentle.

Sesenang unggas di puncak kelapa, makwe tadi bagi. Aku, dengan Pali salin nombor dalam henpon. Abelong sengih-sengih kucing.

Pali memang 'A' bab mintak nombor telefon. Paling lama rekod dia mintak 45 minit. Tu pun makwe sekolah agama pakai kain hijau sama tudung sampai pusat. Hahaha.

Rindu la...

tutt.. Tut.. (gaye bunyi telefon takde caller ringtone)

aku : helo sweety..
kamu : helo, mengade..
Aku : rindu la.. Tengok nasi bungkus ni nampak kamu..
Kamu : iye, makan bagi habis tau..
Aku : tak boleh..
Kamu : ngape..
Aku : kuah gulai ni masin...
Kamu : eee...

Friday, November 5, 2010

Aku lukis hati di kanvas putih

kamudian kamu bina garisan di antaranya,

kita,
kamu,
aku...

aaa.. Koi bukan mende...

'moh la cari kerja ke kolumpo..' suara Yen lembut memujuk. Jari telunjuk dengan ibu jari dikepit halus mencubit puntung sebatang danhil yang padat dalam kotak.

'koi ni malas sangat Yen,' aku cuba mengelak. Dah banyak kali juga Yen pujuk aku ajak ke kolumpo. Terdesak sangat dah gayanya.

'banyok kerja sane, enj....' takdan Yen habis bercakap suara orang rumah dia menempik dari atas rumah, 'abg... Mok suruh kupas nyor...'

Aku pandang Yen. Yen bangun perlahan dan berlalu masuk ke rumah ikut dapur.

'Yen... Yen... Koi ni bujang lagi.' dalam hati aku bercakap sendiri.

Thursday, November 4, 2010

teringat - 2004

tingkatan empat adalah tingkatan pilih bidang. Tingkatan empat kalau nak kira kategori dalam asrama dah boleh kira senior. Definasi senior tu adalah boleh ponteng prep atau isap rokok di belakang surau lepas makan petang.

Orang masa sekolah dulu kabo, bidang sastera tak berapa nak boleh cari makan. Tak laku. fakof!!

Masa tu masing-masing bingai. Jenis otak pikir lebih ke main dengan isap rokok dekat basten. Pendidikan moral dengan sejarah tu subjek yang suruh budak-budak pergi tandas sampai habis waktu.

Buku teks kimia dengan addmath macam eksesori nak bagi lagi hensem. Fizik dengan lukisan kejuruteraan tak pula menyebabkan aku pergi mengaji lepas sembahyang asar.

Ah. Sekolah-sekolah ni mende la sangat ye dok? Ulat dalam batu pun boleh hidup. Manusia kaum hawa atas darat awal bulan mesti nak beli kasut baru.

Gitulah putaran. Tapi tingkatan empat memang tingkat paling best. Sebab tu cina cakap empat tu nombor tarak ong.

Bersambung...

berborak dengan orang muda

kalau ikut umur aku tak tua mana pun lagi. Sedang-sedang jaras orang tua kabo. Kalau dah melepak dengan budak muda baru habis sekolah boleh la kata aku tua.

Aku tak kisah pun kalau makwe-makwe sekolah mintak sign dekat sapu tangan ke, dekat beg henpon. Memang rupa aku dengan Zul Huzaimi tu tak lari jauh mana.

Tak pe la tu. Sambung cerita pasal tajuk besar terus la. Karang panjang sangat pula entri ni.

'lu umur berapa sekarang?' tanya budak baru abis sekolah.

'17' aku jawab pendek. Dia diam sambil tengok janggut ala joni dip aku.

'ini hormon punya cerita' aku jawab sebelum dia tanya soalan kedua.

Nak borak pasal umur apa cerita. Borak la pasal pergolakan politik dekat selatan thai ke apa. Baru kena kan?

Wednesday, November 3, 2010

Sepetang di meja mamak

Gelas-gelas bertaburan, yang jenis air bergula dua tiga gelas, jenis air panas dalam cawan, jenis air kosong paling banyak.

Agenda berborak tak ada tema. Melarat-larat. Lebihnya ke tema kongsi gelap. Orang muda-muda kena advanture.

prengg.... 
Tiba-tiba satu mat rempit tarik 125z panjang, gear 1 gaya nak pecah gearbox.

"Barua punya mat rempit," sumpah salah seorang ahli mesyuarat meja mamak.

Masing-masing diam. Dalam kepala teringat cerita empat lima tahun lepas masa baru habis sekolah.

Tuesday, November 2, 2010

Peh. Gila Ah.

Setting DNS domain free co.cc aku sudah siap.

Kemudian aku sudah rasa macam blog che-det.co.cc.

Hahaha.

http://fauwaz-blog.co.cc

Trai tengok.. haha.

Puitis seorang penulis

Peh. Lama juga aku tak berpuisi. Series. Memang lama gila dah tak tulis bendaalah yang macam tu.

Hari ni cek email yahoo, dan aku diterima masuk geng kongsi puisi pula. Aku suka. Haha. cis! ekspresi teruja yang tak berapa nak teruja. 

Kalau sebelum ini aku diterima masuk dalam geng kongsi penulisan @ 100penulis hari ini sudah tambah lagi satu geng. Hihi. Series, tak sangka mudah gila admin geng sejuta stanza selamba tu, aku ingatkan diorang nak cek blog dulu ke tengok aku punya karya yang berkaitan dengan puisi. Rupanya tak.

Terima kasih tieah sebab promote aku masuk geng puisi ni. :)

hm...

Apa lagi nak cerita?

Ah, esok-esok la pula, haha.

Monday, November 1, 2010

November

hari ini 1 November 2010. Semua orang pun tahu kalau aku tak bagitau pun. Kan?

Malam tadi aku jadi folower ke 100 di blog timbo @ izzati nadiah.

Nama aku ada disebut di blog beliau. Time kaseh. Time kaseh. Time kaseh.

Hari ni jadual aku untuk posting di 100penulis. Pukul 11 karang. Nak tulis apa pun tak tahu. Haha.

Hari ni kira steady juga 1 haribulam hari isnin. Macam orang-orang kerja yang lain aku pun trai-trai juga cucuk kad dekan mesin duit.

Macam orang lain, asal 1 haribulan mesti senyum sorang-sorang depan mesin duit kan? Makwe pula senyum lebih-lebih. Cis..

Ah, taip panjang-panjang orang bukan baca habis pun. Haha.

Ok lah.. selamat bulan 11. :)

yeay! Bulan baru!