Sunday, October 31, 2010

minda kosong

Sudah beberapa hari blog ni tak berapa nak produktif.

Takde yang menarik lagipun. Semua macam biasa. Nak cerita apa pun tak tau.

Em...

Entahlah... Hahaha...

Saturday, October 30, 2010

kepala

otak ni ada masa dia free je.

Kosong. Takde mende.

Masa tu aku suka.

Lepak ok. Minum teh ok. Dating ok. Pendek kata life memang ok lah.

Stail memang stail macam ni. Tapi kalau dah lama sangat free je macam ni, nak borak dengan kawan-kawan pun jadi tak de point.

Blog pun tak berapa nak berapdet kalau macam ni punya kepala.

Ha. Apa cerita accident bas semalam.? Aku memang on the way kolumpo masa maghrib tu, tetiba selisih dengan konvoi ambulan sama bomba. Peh...

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh ditempat di kalangan ummah yang diredhai. Al-Fatihah.

Belia 4b kedah, adik beradik mesti ada punya tu...

Wednesday, October 27, 2010

Cinta seorang Fasha - 5

 Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4

'ah. Peduli apa aku! Dia nak mampus ke apa..'

'ko jangan cakap macam tu Fasha,'

'apahal?'

'ko cakap tu doa ko tau..'

'la, aku peduli apa kalau ni mampus pun, ada aku susah?'

titit... Titit... Telefon bimbit Fasha dalam beg tangan berbunyi.

Sms dari Farid.

'sha, kmil xcdent dkt hiway, parah!'

Fasha terdiam.

***

bersambung...

Identiti blogger hilang?

Siapa hilang identiti? John Doe?
Ada blogger IC hilang, surat beranak hilang?

Eh... Bukan-bukan. Ini tag lah. hehe...

"Mencari identiti blogger yang hilang" kata mereka.
Identiti siapa yang hilang? Entahlah...

Jadi, siapa yang bertanggungjawab mengetag aku yang malas menjawab soalan ni?
Sedangkan soalah addmath SPM pun aku hantar kertas kosong.

Ada 3 orang semuanya yang bertanggungjawab menyebarkan wabak merbahaya ini.
Mereka ialah...
one2paii
d_tieah
fariehan ibrahim

20 perkara tentang aku ea? em....

1. Nama seperti tajuk Blog. Raja Fiqri Fauwaz.
2. Sepertimana yang kamu lihat, semuanya Raja Fiqri Fauwaz, semestinya aku amat bangga dengan nama tu.
3. Rabun jauh.
4. Bingkai spek warna putih.
5. Kalau rambut pendek style mohawk. Kalau panjang style kutkoben.
6. Kurus.
7. Baik.
8. Bersopan santun.
9. Penyabar.
10. Sedap mata memandang.
11. Single
12. Student IT yang belajar tak habis.
13. Bawak kereta tapi tak de lesen.
14. Salah seorang calon menantu terbaik Malaysia.
15. Lelaki sopan terakhir.
16. Tak suka mencarut.
17. Tidak merokok.
18. Tak pandai main bola.
19. Tak tengok TV. er.. kecuali House dengan CSI : Miami.
20. Cool.

Sudah. Haha. Ini kerja senang.
Tah mende la aku jawab ni. Haha. Ikut la korang nak percaya ke tak.

Aduyai. Nak kena tag 25 orang? Ramai tu... isk.
er.. ada siapa-siapa berani bagitahu tak?

Che Det - Anwar Ibrahim - Tuan Guru Haji Nik Aziz - Raja Petra Kamarudin

kukin ~ eikaweird ~ tqa

er.. tak tau dah sape.. hehe.. aku pun bukan ramai ngat lagi kawan blogger nih.. :)

Tuesday, October 26, 2010

12 Tahun sundal atas flet!

Malaysia makin hari makin parah.

Orang-orang pemimpin terpekik terlolong melobi undi.

Mana pejuang agama?
Mana pejuang bangsa?
Mana tuan?
Mana kepimpinan Islam?
KONONNYA!!!

Parah...

Generasi baru, 12 tahun mati jatuh bangunan terkejut kena sergah sebab menyundal.?

Kaum apa?
Agama apa?
Berebut negara tak habis-habis..

Inilah yang orang panggil 'babi di kandang di dukung-dukung, anak di rumah dah jadi babi!'

bangang!

Sunday, October 24, 2010

Reverse Psikologi untuk generasi baru kita

Lepak. Dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara kita ialah loiter. Dalam kita membicarakan perilaku lepak ini, sudah tentu dalam otak kita sudah set bahawa perlakuan "lepak" itu adalah term negetif.

Lepak positif.?
Ada ke term lepak positif ini?
Dalam kepala klise masyarakat kita, aktiviti lepak itu merupakan sesuatu yang negatif dan buruk sekali perlakuannya. Pandangan ini sudah disemat dalam kepala masyarakat kita sejak putus susu lagi.

Ok. Katakan lepak itu adalah negatif.
Pak haji yang kepalanya setiap masa berlilit serban minum teh di warung selepas pulang dari solat Asar dan membawa ke maghrib. Itu orang panggil apa?
Para penjawat awam yang berborak sambil mengudap kacang nganyin berbungkus-bungkus di restoran mamak selepas tamat berita jam 8 membawa ke berita nightline, itu orang panggil apa?
Pemuda-pemuda kampung yang berborak hal duit tabung persatuan belia di pinggir padang bola sementara menunggu azan maghrib memanggil pulang, itu orang panggil apa?
Makcik-makcik sakan mengumpat di pangkin bawah pokok mempelam sambil mengudap colek mempelam setelah penat melayan karenah anak-anak dan bapa anak-anak itu orang panggil apa? (er.. mengumpat itu salah)
Kalau kita katakan sahaja bahawa aktiviti diatas sebagai berehat dan mengrefresh minda setelah penat bekerja untuk menjana pendapatan poket sendiri yang sedikit dan poket tauke yang banyak tiada salahnya bukan? Nama melayu bagi refresh yang dialih bahasa menggunakan google translator adalah menyegarkan.
Makanya, tiadalah salah untuk mengatakan bahawa aktiviti di atas adalah positif bukan?

Jadi, apa yang cikgu sekolah rendah dah menengah selalu beri karangan jenis syarahan bertajuk 'gejala lepak semakin beleluasa di kalangan belia hari ini, bincangkan.' selama ini pointnya salahlah?

Tidak. Semua point yang kita bagi betul sebab itu markah karangan kita selalu A atau paling tidak pun C.

Melepak di tepi tangga kaki lima Maybank adalah negatif.
Melepak di pondok durian untuk berjudi adalah negatif.
Melepak di rumah bujang dengan bahan-bahan terlarang adalah negatif.
Melepak di tempat sunyi berdua-duaan samaada berlainan jantina bukan muhrim, atau bersamaan jantina (dah sah-sah tak muhrimnya) adalah negatif.


Tak muat kalau nak dilist semua jenis lepak yang negatif disini. Buat penat menaip sebab point-point negatif ini adalah klise. Semua orang tahu. Budak umur 4 tahun yang baru putus susu pun tahu rokok itu adalah perkara yang tidak baik.

Masyarakat kita sendiri mengajar generasinya untuk menjauh dan mengelak benda-benda negatif itu semua. Contohnya : "adik, jangan dekat luar waktu maghrib, nanti kene suruk dek hantu kopek!" Amaran itu sudah tidak boleh diguna pakai sekarang bukan? 

Nampak?, Nampak tak? Strategi itu sudah tidak lagi releven di era fesbuk ini, sama macam UMNO yang tak habis memekik 'Ketuanan Melayu' tapi hakikatnya ramai yang sudah sedar, "'KETUANAN MELAYU' adalah UMNO itu melayu, dan ahli majlis tertingginya adalah TUAN."

Apakata pada generasi fesbuk ini kita cuba melakukan reverse psikologi,
Contohnya macam penerangan lepak diatas.
Katakan sahaja lepak itu adalah baik dan bagus, kemudian terangkan point-pointnya.

Contoh lain yang lebih menarik aku kira, ajarlah generasi baru kita bahawa seks itu bagus, terangkan pada mereka seks selepas nikah adalah wajib. Bagilah dalil-dalil aqli dan naqlinya, kalau tak tahu lain baca majalah Millennia Muslim, Aniqah, Dewan Masyarakat, Utusan Melayu jangan asyik baca majalah lawak antarabangsa je. Barulah generasi kehadapan ini faham, seks selepas nikah itu adalah positif, manakala seks sebelum nikah itu negatif. Video-video lucah yang terakam di dalam henfon itu adalah haram umpama melihat khinzir bersetubuh dan blog-blog Internet Marketing yang pakai keyword lucah-sex-fuker-gampang-sial-cicaktoket besar itu ada hukumnya.

Tidaklah mereka-mereka yang umur baru putus susu tapi menaip macam dah kursus 7,8 tahun ini terkapai-kapai mencari, dan bertanya di lautan internet yang nakhoda google dan yahoo itu langsung serong ajarannya. Nak cari 'hukum seks sebelum nikah' tapi terbuka 'maria ozawa' apa cerita?

Panjang dah ni. Ok2.
Aku bagi konklusi sekarang. Hehe.

Konklusinya, semua perkara itu ada positif dan negatifnya.
Kita perlu, hendaklah, mestilah,  mendidik dengan keduanya.
Bukan hanya dengan mendidik,
'benda negatif itu adalah buruk dan perlu dijauhi' sahaja.
Perlulah ada,
'ini dan itu adalah positif bagi perkara ini' dan '!n! n !tew adalah negatif bagi perkara ini'

Terima Kasih kerana sudi membaca.


p/s : Fuh, ada bakat juga aku bikin teks ucapan lepas tengok sidang perwakilan UMNO ni.. Haha..

Ni entri serius semasa sedang mengeteh!

Ok! Stop cerita hal malam minggu.

Pagi ini adalah hari minggu. Hari minggu selalunya orang buat apa?
Shopping?
Jalan-jalan?
Dating?
Buat job MLM?
Tidur sampai petang?
Blogwalking sampai lebam?
Post entri entah apa-apa sejam sekali?

Aku ada life la. Hari ahad aku minggu ini tidak akan disia-siakan.

MOH MENOLONG ORANG KENURI DIKAMPUNG!!!
BUDOK BASUH PINGGAN TAK CUKUP KORUM TUH!!!

hahaha.
Ini memang pengisian ahad terbaik bagi aku selain dari tidur sampai petang atau malam.

Jom pekena neskepi tarik dulu lah.

Penghujung malam minggu

Malam minggu ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Saat aku menaip entri ini, jam makin menghampiri ke waktu subuh.

Kokok ayam seiringan dengan titis embun dingin...

Aku masih dengan tugas sebagai batman.

Yeah. Kerja dah nak tamat. Tapi tidur belum tentu.

Otak tepu dicas dengan neskepi tarik kaw mamak. Memang stailo.

Ada siapa-siapa yang nak takeover kerjaya sebagai Batman ini tak?

Malam minggu steady

Malam ini adalah malam minggu. Bersamaan dengan malam ahad.

Bagi orang muda-muda atau orang politik panggil belia, malam minggu adalah malam untuk melepak sebab esok cuti dari bekerja. Orang yang tidak bekerja juga melepak pada malam minggu. Cuma kaum ibu-ibu yang kurang suka pada malam minggu kerana kemungkinan tidur berseorang adalah tinggi.

Bagi orang muda yang bekerja stailo, malam minggu adalah malam bekerja. Contohnya pekerjaan stailo ini seperti jaga bank, dj radio, ataupun jurutol.

Semua itu adalah kerja yang stailo dan banyak jasanya kepada negara. Kenapa begitu?  Kerana orang-orang ini amat berjasa kepada pekerja-pekerja gomen yang pukul 5 p.m sudah habis jadual bekerjanya. Jadi, orang-orang gomen ini amat memerlukan jurutol. Tidak begitu?

Konklusinya di sini, orang yang bekerja pada malam minggu adalah stailo dan banyak jasanya kepada negara. Bukan nak melepak mengkayakan mamak, ataupun menambah kes buang anak pada 9 bulan kehadapan.

Idok gitu ye....

Saturday, October 23, 2010

Hari-hari macam ni best juga

Pagi tadi balik rumah jam 3.43 a.m. 

Online kejap. Tidur pukul 4.36 a.m. 

Tidur dengan lena. Tidur. Tidur. Tidur. 

Pukul 2.58 p.m terjaga, capai henpon tengok mesej. 

3 mesej belum dibaca. Buka dulu. 

makwe. maxis. abg. 

cis. hari-hari orang sama. Dato' Najib entah bila nak mesej aku. tu hari dah ada mintak nombor telefon. 

Buka leptop pinjam makwe. 

Tunggu loading serupa loading kelapa sawit 40, 50 tan. 

Connect!

Bukak blog ni. blog tu. 

Post satu entri.

hm.... hari-hari macam ni best juga. Tapi esok mesti tak dapat dah. 

melepak dengan polis

malam sabtu ni.

Dah pukul 12 dah pun.

Lepak tepi sungai awal-awal pagi macam ni dengan kutu polis lain macam juga.

Kutu polis pulak bawak gadis, memang cantik.

Tengok kereta la bro. Tengok wallet skali.

Baru boleh tangkap gadis cantek-cantek.

Haha....

Friday, October 22, 2010

hm.. nak post mende ek?

Ah.

Tak tau la setan mana yang hasut ni.

Langsung tak de idea nak update. Isk...

hm...

nuffnang kena hack?

Klik untuk besarkan!
Ni apahal? takkan under maintainence kuar notice macam ni?

Notice macam ni biasanya kaki hackers je yang buat.

kah kah kah.

Tengok la macamana nanti ya?

yang kena hack ni nuffnang.com.my je rasanya, yang lain tak tau la, tak check.

Aku rasa komfem memang kena hack ni. Haha.

*update : :) dah ok. kejap je la ni eh. pukul bape pun tak tau oknye nih..,
*update 1.43 am : a'ah. baru aku perasan. Nuffnang tak bleh buka guna mozilla. Apesal ek?

Thursday, October 21, 2010

propaganda makwe

'peh! Lu tengok brader tu.'

'apesal?'

'tengok la, badan dah style bonzer dah. Baju edhardy kepala rimau. Rambut gaye eddie hasyim. Bangle gile gedabak besar sauh kapal. Cincin 2 batang jari je kosong, buah cincin tu je dah tak larat nak lurus jari..'

'ye la.. Lu tengok die punya rantai mas, ade buah naga tu...'

'gile brader die dress kan, tapi....'

aku tengok membe aku dah tahan gelak..

'apahal nak gantung handbag makwe kat bahu tu..'

kah... Kah... Kah... Membe tak tetahan gelak.

Aku gelak kaver je...

Wednesday, October 20, 2010

makwe budak sekolah

aku ni lelaki. LELAKI.

Lelaki biasa. Macam budak-budak muda lain.

Kadang-kadang mengaku urban.

Kadang-kadang mengaku cool.

Kadang-kadang mengaku geek.

Tapi tak de la loser kan. Hehe.

Jadi, sebagai lelaki muda beragama Islam, aku kena jaga tatasusila sebagai Islam. Aku bukan maksum. Aku manusia biasa yang ada nafsu, tak lari dari kesalahan.

Jadi, makwe-makwe sekolah yang pakai baju kurung sekolah tu kaver-kaver la sikit. Makwe aku ada sebelah, jangan la nak senyum-senyum gatal... Hahahaha...

kerja paling senang

kerja apa yang senang zaman sekarang?

Kerja jalan-jalan? Letih..

Kerja MLM? Letih menyembang..

Kerja menganggur sambil orang tua tanggung senang kot.

Orang-orang urban panggil 'makan tanggung berak cangkung'

checkstock

his..

Checkstock problem..

Lomah den.

Adooyaii..

Tuesday, October 19, 2010

LUCAH!

Lucah.? Mana ada la.

Saja pancing. Haha.

taktik

cerita panjang dalam entri dibawah adalah recycle.

Ya, aku sengaja cerita panjang. Nak buat baru tak de idea. Recycle je la.. Haha.

Taktik meletakkan entri panjang adalah untuk menguji khalayak pembaca samaada rajin atau malas membaca entri panjang.

Nampaknya khalayak pembaca tidak gemar yang panjang-panjang. Korang mesti tak baca habis kan.?

Jadi, lepas ni aku tak posting entri panjang dah.. Hihi.. Orang zaman moden ni memang suka benda-benda yang ringkas je dah.

:)

Ini Adalah Cerita Rakyat - 1

Di hujung paya, hujung Kampung Paya Rambai, Ikram termenung di kepala empang.

“Plop..” Gatal benar jari-jemari Ikram membaling batu jalan yang dikutip di jalan berbatu yang sudah bertahun tidak bertar. Batu itupun sekadar pemanis mulut masa PRK yang lepas. Wakil Rakyatnya yang bertanding masa PRU itu, sudah semput-semput di panggil tanah sebidang di belakang masjid sudah diam di sana.

“Tanah sudah memanggil-manggil ada hati mahu jadi suara rakyat lagi,” masih terngiang-ngiang di benak pendengaran Ikram suara kecil dari bini muda Arwah Yang Berhormat tersebut semasa majlis tahlil.

Bunyi air, beriring dengan riak air kolam yang tadinya damai dan tenang.

“Woi! Nak lepak, lepak je la. Baling-baling batu apahal,” Ikram tersentak. Seekor puyu menimbul kepala di birai batu empang.

“Sorry bro,” Ikram garu kepala dengan rambut yang berserabut laksana onak rotan. Dua tiga ekor kutu yang sedang melepak dekat tangga Maybank Bukit Bintang bertempiaran lari. Dua ekor tenggiling yang terhangguk-hangguk asyik melayan lagu Pitbull dari Ipod yang dikongsi earphone menggeleng kepala masing-masing.

“Apahal pula budak puyu ni hari ni, badmood semacam,” getus hati kecil Ikram.

Ikram bangun dari duduk yang sudah hampir tiga jam setengah lamanya. Buntutnya yang terasa gatal akibat duduk lama di atas simen bergerigi tajam yang susah berpuluh tahun dimakan hari di garu-garu dengan tangan kirinya.

Dia menghayun langkah perlahan. Sesekali bunyi deru angin menyapa dedaun kayu di kiri dan kanan Ikram seperti melagukan zikir memuji tuhan Yang Maha Besar. Rambut nipis di pinggir kepala dekat leher Ikram tiba-tiba meremang.

“Aku belum Sembahyang Asar lagi ni,” hati kecil Ikram tersentak. “Patut la rasa lain macam.”

“tiiitiiit..” sayup-sayup bunyi halus menerpa telinga Ikram. Serentak itu pahanya terasa bergetar. Ikram memandang kiri dan kanan.

“His, makhluk halus apa pula yang mengganggu aku petang-petang hari ini,” Ikram melajukan sedikit langkah. Pernah juga dia dengar cerita dari Ayahcik Nordin tentang penunggu pokok ketum besar dekat rumah PRT Arwah Syuim yang sudah dua tahun masih tidak bersambung elektrik itu. Ada orang kampung yang terdengar-dengar bunyi gelak ketawa di dalam rumah tidak berpenghuni itu. Namun tiada siapa yang berani menjenguk.

“Tiiitiitt..,” lagi sekali bunyi halus diiringi getaran kecil di paha itu menerpa ke deria pendengaran Ikram. Ikram meraba paha kirinya yang bergetar dan kemudian tersenyum senget sebelah pipi.

“Tu la, otak asyik fikir alam ghaib je,” sapa seekor serindit yang sedang mengacah-ngacah ulat daun di pohon senduduk berdekatan Ikram. Ulat daun itu lincah membuka jurus ketiga silat sentap udang kara mengelak paruh bengkok sang serindit. Sebetulnya serindit itu sekadar singgah di situ mahu bergurau senda memandangkan pohon jambu tempat lepaknya sedang di gegar budak-budak jahat yang leher mereka tergantung lastik dari batang jambu padang. Ada juga dua tiga set jebak berdenakkan lisa, serindit berdada kuning bekas aweknya dulu yang tertangkap ketika sedang asyik berdatingdi situ waktu hujung minggu.

Ikram sekadar membalas sapaan itu dengan senyuman. Kemudian bersiul-siul angin menyembunyikan perasaan malunya kepada serindit berdada hijau tersebut.

Jari-jemari Ikram memeriksa sms di telefon bimbitnya. Sms dari Pak Ayop.

“Udah-udah le tmnenungnye, moh menlong koi ngupaih klpa ni,” Ikram menggeleng-geleng kepala. Hebat juga perkataan ringkasan Pak Ayop ini. Dari mana pula Pak Ayop boleh tahu Ikram sedang termenung.

Sejurus habis membaca sms dari Pak Ayop itu, ikram terus menggerakkan jari-jemarinya menggayakan seperti Naruto yang sedang melakukan hikmat.

Namun Ikram gagal. Lantas dia mengutip kayu kecil di hujung ibu jari kakinya lalu dimasukkan ke dalam poket kanannya bagi menyembunyikan kegagalan hikmat yang baru dipelajari dari Kampit, seorang penagih gam cap senapah budak kampung sebelah itu. Kemudian dia berlari-lari anak menuju ke rumah Pak Ayob.

“Hahaha,” gelak beberapa ekor lebah bunga yang sedang asyik bertektonik di pucuk kelapa mawar depan rumah Pakngah Deraman.

Ikram menjeling ganas lebah-lebah tersebut. Perlahan-lahan tiga ekor lebah itu menyelinap di balik mayang kelapa mawar dek goyangnya dengan jelingan tajam Ikram itu.

“Itu la ko, sape suruh ejek dia,” sound salah seekor lebah bunga tersebut kepada rakannya.

“Aku gurau je la,” jawab rakan lebah tersebut.

“bzzzzttttt,” entah dari mana datangnya kilat itu terus memanah pohon kelapa mawar tersebut lalu dedaunnya yang baru nak naik terbakar hangus. Tiga ekor lebah tersebut turut hilang tanpa dapat di kesan. Isteri Pakngah Deraman yang mengintai gelagat lebah-lebah tersebut dari celah-celah tingkat menggeleng-geleng kepala. Tidak sempat juga dia mahukan pucuk kelapa itu mahu dibuat ketupat.

Awan hitam tiba-tiba menyelebungi kawasan tersebut. Cuma kawasan itu. Petir bertali arus. Kilat sabung-menyabung. Guruh berlumba-lumba. Semuanya mahu pulang awal. Maklumlah, jam sudah menunjukkan 4.56 p.m waktu Pejabat Risda. Isteri Pakngah Derama menutup tingkap perlahan. Bimbang disedari suaminya tentang perlakuan mengintai aktiviti kilat, guruh dan petir tersebut. Mahunya dia disimbah cuka getah oleh Pakngah Deraman nanti.

Ikram kaku sejenak dengan kejadian tersebut. Kemudian dia menundukkan kepala dengan tangannya di atas kepala memecut laju.

“Ish.. ish..,” Madi menggeleng-geleng kepala perlahan setelah Ikram yang memecut laju itu memotong 125znya yang baru siap di tala sistem karburator dengan senang. Padahal Madi sedang goyang juga melihat meter kelajuannya sedang mencecah angka 180 km/j ketika Ikram sedang memintas tadi.

Madi mengagau telefon bimbit di dalam poket jeansnya yang hitam bersalut minyak hitam. Dia mencari nombor telefon Spark tauke bengkel di pekan yang mengajaknya game malam ini. Madi menaip pantas, “wa knsel game mlm ni, deposit 2 lu wat sedekah dkt tbung msjid smbhyg jmaat sok.”

Ikram mengambil selekoh Tokayah Jambi yang berpuaka yang sudah memakan nyawa puluhan mat rempit di kampung itu termasuk kampung sebelah dengan amat yakin sekali. Dengan pantas dia mengacip clutch lalu draw gear 3 serentak dengan kaki menekan brake belakang perlahan. Kelajuannya pantas menurun, Ikram menekan badan sedikit lagi hingga lututnya hampir mencecah jalan tar bergerigi kasar itu. Dan…..

Ikram berjaya mengambil selekoh maut berpuaka tersebut dengan selamat. Beberapa orang Mat Rempit bersorak sambil bertempuk tangan di atas kejayaan Ikram tersebut.

“Bagus juga budak Ikram ni ya,” borak seorang Mat Rempit itu.

Salah seorang dari mereka mengangguk-ngangguk kepala. Entah dengar entahkan tidak dek helmet Magnum3 yang rapat menutup telinga. Sakai juga beliau kerana sudah turun motorsikal pun masih belum menanggal helmet lagi.

“Tu la, wa ingat nak tarik dia jadi joki geng kita la,” balas salah seorang dari mereka.

Sesampai sahaja Ikram di tempat tujuannya, Pak Ayop sedang asyik menggulung rokok daun bersama tembakau bunga raya di pangkin bawah pohon jambu. Sekali-sekala telinga Pak Ayob melibas-libas lalat buah yang bersuffle di bucu telinganya.

Ikram menghampiri Pak Ayob yang sudah semakin naik seikh menggulung rokok daun.

“Pap,”

Serentak bunyi ganjil itu langkah Ikram terhenti. Dia terkedu melihat aksi Pak Ayop meludah kahak ke arah lalat-lalat buah tersebut sehingga tertampal di batang jambu. Asap nipis keluar dari lekuk batang jambu akibat ludahan kahak yang menempel lalat buah tersebut.

Ikram menggerak-gerakkan sebelah hidungnya menunjukkan kejijikan yang amat sangat terhadap kelakuan rakus Pak Ayop itu. Sedangkan ayam sayangkan anaknya.

“Mananye kelapa tu Pak Ayop,” Ikram menegur perlahan. Pak Ayop mengangkat kepala perlahan-lahan. Asap dari rokok daun yang membaluti tembakau cap bunga raya meleleh perlahan dari kedua-dua belah hidung Pak Ayop.

Ikram yang agak gentar dengan perlakuan Pak Ayop itu perlahan-lahan berjalan mengundur. Lalu, Ikram berlalu dengan kecewa. Dari pandangan Pak Ayop itu, Ikram dapatlah menyimpulkan bahawa kelapa yang mahu dikopek itu sudah habis dikopek Pak Ayop yang setakat ini sudah memenangi pingat emas puluhan pertandingan bina badan di daerahnya.

“Hm. Tak lepas lagi la rokok aku hari ini,” Ikram menghela nafas terakhir.

Seekor ciak rumah hinggap di bahu Ikram sambil berkata, “wa dah cakap, berenti je la merokok.”

Ikram angguk perlahan.

Monday, October 18, 2010

internet mobile

best memang best internet mobile ni.

Mana-mana pun boleh online janji ada line.

Tapi topup tu yang tak tahan. Kalau macam sekarang, aku pakai maxis, kena beli pakej, rm3, 1week 5mb limit.

5mb tak sampai sehari pun boleh habis sebenarnya.

Parak juga credit. Dah menyangap online nak buat macamana.

Ada sesape yang nak sugestkan line apa paling jimat kalau nak layan internet mobile tak.?

Maksud aku paling jimat. JIMAT!

Aku apdet ni dalam jamban tau. Fleksibel. Hahaha.

gomen

malam ni malam isnin, esok pagi kerja. Semua orang pun tahu tu.

Kalau budak-budak sekolah, malam ni memang dah siap pripair simpan buku dalam beg ikut jadual, gosok baju, hanger baju, kerja sekolah semua dah siap. Kasut sekolah mana yang belum kering dah letak belakang peti siap-siap.

Mana yang kerja opis memang pakat tidur dah sedang-sedang gini. Mana yg kerja stylo macam aku ni, stylo la pagi baru nak tidur.

***

'apahal tahun ni bajet takde bonus untuk orang keje gomen,' sorang kawan, kerja gomen tanya aku.

'geng-geng kuda, toto, magnum suma dah tacing pasal kes dekat penang itu hari la,' aku jawab muka serius.

'kes ape,' kutu gomen tanya aku balik.

'tu la ko, kerja sangat sampai nak bukak paper pun tak sempat,' aku jawab sambil hirup neskepi o panas.

***

'helo.' suara ayah aku dihujung talian.

'helo, ngape.' heran juga aku tiba-tiba bos besar telepon.

'balik la kampung, spa anto surat,'

'surat mende?'

'bulan depan aok dapat inteview kerja di putrajaya,'

***

Celaka. Apahal gomen dah tak dapat bonus....

Sunday, October 17, 2010

Kuala Gandah - Pusat Sanctuari Gajah

pernah mandi dengan gajah.? Pernah tepuk bontot gajah.? Atau garu perut gajah.?

Tak pernah.? Rugila kawan.

Hehe..

Aku duduk Lanchang. Kuala Gandah yang ade iklan dekat meegi hotcup tu memang lah dekat Lanchang.

Lagi, dekat-dekat situ ada Deerland.

Nak air-air terjun ke takde la, kalau berani pergi Lubuk Yu, Maran sane.. Haha..

Hari ni hari ahad. Entri pun pasal pelancongan sikit-sikit. Kena la tu. Hehe.. :) apa-apa hal kalau nak tanya pasal tempat gajah tu pandai-pandai la komen ke, klik pesbuk badge tu ke..

Orait? :)

Saturday, October 16, 2010

cerita

bukan...

Bukan aku cerita yang kamu karang dalam hidup kamu.

Aku hidup.

Bukan fantasi kamu. Bukan cerita kamu. Bukan kisah kamu.

Aku bernafas.

Untuk aku.

Bukan kamu.

hari ke-5

. Style.

Memang rasa savingnya.

5 hari, 2 kotak, yang kotak kedua belum habis lagi. Itupun budak-budak main tarik buat tak reti.

Dapat save macam ni pun aku dah terasa hormat kat diri sendiri. Haha.

Series. Bukan main-main punya series. Muka a. Galak? Lagi series dari dia.

Aku tak sangka boleh save sampai tahap macam ni...

Doa-doalah aku berjaya. Hahaha.. :)

Friday, October 15, 2010

Dah pandai nuffnang

Blog ni dah pandai main iklan-iklan.

kah kah kah!

tak ikhlas la tuh..

kah kah kah!

shafiq dan fiqri

fiqri : mane pik, petang-petang besiap nak mandi?

Sapik tengah lilit tuala pada pinggang.

Sapik : nak ikut ke? Besiap la.

Fiqri : nok kone?

Sapik : berok.

Fiqri : gampang!

Thursday, October 14, 2010

loser?

buat lelaki yang kata 'aku LOSER'

Kawan.
Loser.
Gf takde.
Nak gelak kesian.
Kawan tengah jiwa-jiwa.

Kawan.
Kamu lupa.
Kawan-kawan kamu ada.
Gf apa guna?
Teman tengok wayang boleh la..
Masak nasik kat rumah? Tunggu bebini la de...

Kawan.
Kamu kata takde kawan?
Habis aku ni sape?
Wan sape?
Ariel sape.?
IJAT JAMHARI sape?
Apis sape? Kahkahkah!

Kawan.
Tacing lebih tak guna.
Kita umur makin tua.
Gf buat jalan-jalan hari je buat ape?
Balik-balik duit makan, kasut kita sponser...
Faker ape?

Kawan.
Jiwa tu kena jaga.
Aku pernah rasa.
Kamu yang tak pernah rasa aku siapa.
Tapi kamu kenal aku macamana...

Chill bro.. Tak mo taching lebih sebab pompuan. Nak tacing-tacing, lepak beranda kena vodka baru cun... Kah kah kah...

Tuesday, October 12, 2010

kamu kata kamu sayang

buat gadis yang pernah kata pada aku, 'aku sayang kamu sampai bila-bila!'

Aku.
Pernah kata pada kamu, 'aku sayang kamu'
tapi kamu,
tak pernah percaya kata aku. Aku tahu kamu tak percaya walau mulut kamu kata ya! Kamu cuma gema dari gunung, yang sampai hanya gamura.

Gadis.
Sudah aku kata, kamu tak perlu menipu diri sendiri. Tak guna kamu ludah bayang-bayang. Tak guna kamu sesalkan gula yang tumpah di atas pasir.

Gadis.
Bukan aku yang mungkir janji. Kamu tahu. Jangan kamu salahkan aku. Kamu tahu aku manusia biasa yang punya nafsu. Amarah itu cuma api, kamu yang perlu jadi air, bukan kayu untuk aku mamah.

Gadis.
Aku gila. Kamu tahu. Kamu yang buat aku gila. Aku gila kamu. Tapi, kamu tak pernah ambil tahu. Sekarang kamu tak perlu gila untuk aku. Kamu tak perlu demam untuk ubati orang yang demam. Kamu cuma perlu jadi panadol.

Gadis.
Sekarang kamu tahu, kamu sendiri tidak mampu menyalahkan aku. Bukan aku mungkir janji. Tapi kamu. Aku ada aku. Aku ada bayang-bayang sendiri. Aku cuma mahu disayangi walau aku tak dapat menyayangi.

Gadis.
Kamu masih ada aku. Tapi aku sudah tiada kamu, dan gadis aku punya aku. Jangan kamu kocak bayang-bayang aku yang bergenang dalam titis air mata kamu.

Gadisku..... (baca macam amy search masa ending lagu gadisku)

mama dan along

Along lari pergi dekat mama yang tengah sidai kain.

'mama, mama' panggil Along sambil tarik kain batik mama.

'his, mende along ni?' mama tepis tangan along sambil betulkan kain batik.

'papa bagi teka-teki, dia suruh along tanya mama,' kata along sambil dahi bekerut.

'mende?'

'ape mende yang 1+1 tak dapat dua?, papa cakap kalau tak jawab dia suruh mama belanja malam karang...'


haha.. Korang.. Boleh jawab tak?

Monday, October 11, 2010

blog dan hari-hariku

Menulis.

Aku menulis ni bukannya benda sangat. Suka-suka. Hobi, orang kata.

Ada orang menulis sebab perjuangan, ada jenis menulis untuk orang macam wartawan. Ada juga yang jenis menulis untuk side income. Ada yang memang jenis jiwa penulis. Jiwa yang sayangkan seni penulis.

Ada penulis tulis pasal fantasi, realiti, tipu-tipu, cerita pasal orang, tulis ayat cantik-cantik ajak orang masuk mlm. Macam-macam jenis penulisan. Ada puisi, cerpen, novel, pantun, karangan. Macam-macam.

Terpulang pada niat. Aku sendiri pernah tulis cerpen, novel walaupun tak tamat, puisi.. Aku tulis sebab aku minat, dan hobi. Sekarang aku tak nak tulis yang berat-berat lagi, pasal realiti kehidupan aku lagi berat sekarang ni.

Hmm... Tengok la cemane nanti ye.. Boleh ke tak aku menulis macam ni dengan konsisten..

manusia biasa memang lemah

aku cuma manusia biasa. Lemah dari segi segalanya. Memang aku tak kuat.

Tapi ada la peningkatan. Aku tak tau besar sangat ke tak peningkatannya.

Dari 20batang sehari, semalam aku sampai pagi ni, waktu aku tulis entri ni cuma 4batang setengah.

Tu pun cukup seksa aku rasa. Boleh lah... Haha..

Nak berenti terus memang tak boleh kot. Nanti shock badan aku yang dah sebati dengan nikotin ni.

Orang cakap kalau nak kurang ketagih tu banyak minum air masak. Jangan minum teh sama neskepi, memang tak dapek la kot. Takkan nak minum air suam je kat kedai.

Kah kah kah.

Tunggu apdet seterusnya ok..

rasa lain macam

entri ni dah masuk hari lain. Kalau nak kira jam belum cukup sehari.

Badan rasa lain macam. Kepala pun rasa lain macam. Telinga bedengung lain macam. Orang bercakap pun dengar lain macam.

Tengok sehari dua lagi. Kalau tak teruk sangat badan ni, aku teruskan lah. Kalau tak larat tak tau lah. Kah kah kah.

Bawak kete singgam. Pakai baju singgam. Sapu rumah singgam.

Haus air pun kuat juga. His...

Sunday, October 10, 2010

waktu paling mencabar

bangun tidur petang memang waktu paling mencabar. Buat hal.

Ikut normal, benda first aku cari kalau bangun tidur petang ni rokok dulu lah. Pasang sebatang baru kepala boleh buka.

Tapi hari ni lain macam. Aku cari henpon dulu. Cek blog, balas komen. Cari mood nak sambung entri. Kah kah kah.

Teh o dengan perokok memang kawan karib untuk dah berapa generasi entah. Pekena teh o, kalau tak potong dengan rokok mulut rasa macam basi. Cilake.

Kepala tak payah cerita. Sakit? Ah, tu biasa. Cuba suruh orang cabut rambut selai-selai.

Okeyh. Aku nak pergi ambik air sembahyang dulu. Kah kah kah! Main-main kau fiq!

pagi ahad

Pagi ni pagi ahad. Kita ni umur masing-masing muda lagi. Orang muda, rugi sangatlah orang kabo kalau pagi ahad tak tidur betul-betul.

Pagi ahad aku hari ni lain macam sikit gayanya. Makan nasi lemak bungkus daun pisang alas suratkabo cina lipat kecik-kecik, sambung lagi dengan biskut pingpong lawan air milo. Steady memang steady, tapi sambil layan ben10 ape cerita?

Rokok sengaja aku tak beli, dalam kocek seluar jeans malam tadi ada cinggam baru makan 1. Ok, aku kunyah cinggam je.

Kepala kembang kuncup kembang kuncup. Telinga bedengung. Ben10 becakap dengar tak dengar, sebab tengah tulis entri ni.

Ok! Aku nak tidur!

berlawan dengan rokok

jam kedua.

Aku tak boleh tidur lagi. Dada berdegup kencang. Celaka. Ni semua permainan minda ni.

Ok, aku tukar mindset, sebelum tidur tak payah merokok!

Mulut jangan cerita. Rasa gaya gampang.

azam 10.10.10

sempena tarikh yang cun ni aku ada azam. Juga sempena rokok naik. Celaka najib!

Kah kah kah. Awal tahun tak reti nak azam.

Kita tengok berapa hari aku boleh tahan. Tengok sakit apa datang. Aku cabar diri sendiri ni.

Hari-hari aku catit kat blog pengalaman seksa ni ok?

Kah kah kah!

pagi

pagi
dingin
embun
angin
ringkas sahaja
kamu tahu sebabnya.



p/s:ini puisi. Kan?

Saturday, October 9, 2010

biskut cap pingpong

biskut lemak cap pingpong, lawan dengan air milo panas.

Masih lagi steady.

Dah bebelas tahun aku makan mende ni. Dari breakfast masa sekolah, sampai petang ni, biskut cap pingpong masih steady lagi.

Biskut pingpong rock on! Yeah!

harga suasa naik!

Aku balik kampung itu hari, sampai-salam mama.

Mama usha jari aku. Apahal.?

'ngape?' aku tanya mama hairan.

'ingat dah kene gadai,' mama kata sambil tuju ke cincin suasa kat jari aku.

'his, jual apenye, bukan mas,' aku cebik bibir.

'suasa dah naik harga, kak ngah nak beli cincin ke laki dia kawin ari tu kecik je dekat 2 ratus,'

'beso mane?' tanya aku mata makin cerah.

'kecik pade ni,' kata mama.

Aku diam. Ada juga perhiasan berharga kat badan aku. Hahaha.

Friday, October 8, 2010

aku pernah jadi rempit

preennggg...

Itu bunyi 125 biru CBS alang. Malam minggu itu aku naik dengan alang.

Budak-budak motor lain bersepah. Macam sampah. Dah macam burung layang-layang yang bersimpang siur waktu petang balik ke sarang.

'bro, depan ada rodblok,' jerit seekor mamat yang berselisih dengan kami.

Alang diam sambil fokus joki. Dada aku berdegup kencang.

'tunduk,' alang jerit dengar tak dengar bercampur dengan angin. Aku tengok sorang kutu rodblok dah lambai lampu kelip-kelip biru yang panjang tu.

Aku tunduk. Alang drop gear. Dalam sekelip mata kami dah ada dalam rodblok.

Powww... Aku tengok lampu kelip-kelip terbang. Kami dah lepas rodblok.

Alang bangun dari tunduk. Aku pun.

'baru rempit kalau langgar rodblok,' kata alang suara bercampur angin.

Aku belum habis berdebar lagi.

Aku pernah jadi rempit.

Wednesday, October 6, 2010

kawan vs sahabat

Sama ke lain?

Bukan nak kata aku tak pernah susah. Hidup kita macam roda. Tapi, kalau aku susah, aku tak suka mintak tolong orang kalau aku boleh usaha setel sendiri.

Melainkan kalau dah tak de pilihan sangat. Baru aku mintak tolong. Itu pun mintak tolong dekat kawan yang paling dekat dengan aku, yang paling senang aku nak balas budi.

Aku tak suka termakan budi orang.

Aku ramai kawan. Semua boleh tolong aku masa susah, aku yakin.

Jangan masa aku mati nanti tak ada yang nak urus jenazah sampai liang lahad dah la. Aku nak cakap macam ni dengan semua kawan-kawan yang setia dengan aku masa susah senang.

Tribute : wan, ibai, ariel, sapik.

Monday, October 4, 2010

Rokok naik lagi.

Budak-budak dunhill, dah tak payah nak sediakan 30sen kalau nak beli rokok. Tinggal budak-budak winston je la yang kene sedia 50sen kalau nak beli rokok.

Kah kah kah.

Agak-agak duit cukai rokok yang naik tu pergi kemana.? Memang alasan dia naikkan harga nak kurangkan perokok.

Tapi perasan tak.? Minyak naik 20sen kecoh tunjuk perasaan sana sini. Minyak pun mencemarkan udara juga.

Tapi bila rokok naik.? Ni semua diskriminasi ni. Ah, najib tu bukan tak hisap rokok. Celaka!

Saturday, October 2, 2010

Projek Oktober

kah.. Kah.. Kah..

Planning la sangat gayanya.

Em.. Bulan oktober ni saya target follower lagi 10 orang ke jadi la. Kalau lebih lagi cantik. Ala, ni target pencapaian diri sendiri je pun. Nak tengok banyak mana kita jalan-jalan baca blog, komen-komen. Tu je...

Projek terbengkalai.

Ini projek lama sebenarnya, dah lama pun tergantung, dulu publish 'on going series' susah. Bila otakosong, tak bersambung la jawabnya. Saya dah pun siap tulis 1 novel dan planningnya nak publish bersiri. Em. Projek terbengkalai dah masuk dua tahun ni.

Kliklah kalau nak merasa. :)

Novel Tokan karya Raja Fiqri Fauwaz

Kepada pembaca yang rasa macam 'eh, macam pernah baca je cerita ni.' Jangan gusar, saya bukan kaki ciplak punya orang. Dulu memang tajuk novel ni lain. Kemudian saya fikirkan tajuk yang lebih boombastik dan bertukarlah tajuk novel ini.

Oktober

Kehidupan

Sudah sebulan saya kembali aktif menulis blog. Mulanya bulan Ogos itu, saya cuba mencari rentak penulisan yang terbaik, jika tidak terbaik untuk pembaca pun, cukuplah saya sendiri yang berpuas hati.

Pada permulaan Oktober ini, saya kurang bernasib baik sebenarnya. Komputer saya yang berisi ratusan karya saya, hasil editing gambar, tutorial photoshop, setup photoshop CS4 beserta license terbaik, berbagai installer software cetak rompak, dan yang paling bernilai saya kira adalah gambar dan video sambutan Aidilfitri tahun 2008 iaitu saat kegemilangan 'skuad bermotor Kg. Rantau Panjang'. Oh, nostalgia yang hilang.

Abaikan ribuan koleksi video .3gp, Saya turut ribuan gambar-gambar saya sebagai pelajar kolej dalam bidang i.t, sebagai mat rempit, kutu kampung, nerd dalam kolej, dan sepanjang perjalanan hidup saya lima tahun lepas. Tak mampu saya imbas satu persatu sebenarnya.

Kemudian, henset saya pula hilang semalam membawa bersama rentetan perjalanan kehidupan untuk tahun 2010 ini.

Saya simpan kata-kata Medan semalam, 'setiap kecelakaan yang berlaku, adalah pemutihan kehidupan. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.'

... Cerita ini takkan tamat.

Friday, October 1, 2010

sepotong cinta buat kekasih

kita beli sama-sama,
kek cinta indah,
berhias sayang, kasih,
kita ukir nama berdua,
lalu aku potong,
secebis cinta,
buat kekasih,
cukup cuma secebis kerana kamu tahu nilai secebis itu,
kerana cuma kamu yang tahu aku bagaimana...